...

FAQ




SIP+

Apa itu coaching?

     Coaching ialah proses interaktif melalui 
kepimpinan untuk membantu dan menyokong
pembangunan dan pertumbuhan profesional kendiri 
mereka bagi membangunkan organisasi

Adakah coach sama dengan tutor?

     Oh tidak... kami bukan tutor. Kami tidak dapat
mengajar sesiapa mengenai apa-apa
jua perkara. Kami hanya dapat membantu mereka
berfikir untuk mereka sendiri memilih.

Apakah peranan anda?

     Kami bukan penguatkuasa. Tujuan kami
datang bukan untuk pemeriksaan. Kami
datang sebagai rakan untuk berkongsi dan
membantu anda di sekolah.


SISC+



Apakah peranan kami?

     Peranan kami adalah untuk menyokong
guru, bukan menilai dan memerhatikan guru.

Apakah fokus kami bila bertemu guru?

     Fokus kami adalah kepada yang positif, 
bukan yang negatif. Kami ingin para guru 
berasa seronok dengan tugas mereka dan
bermotivasi untuk melakukan lebih banyak
perubahan pada masa akan datang.

Bagaimana perkongsian dijalankan?

     Kami sentiasa menggalakkan
perbincangan dua hala supaya guru berkongsi
perasaan dan pengalaman mereka. Dengan 
memahami kedudukan mereka barulah kami
dapat bersama-sama untuk mengharungi
ketakutan, kebimbangan atau kekurangan 
pemahaman mereka.

Adakah SISC+ membimbing guru yang 
bermasalah dan berprestasi rendah?

     TIDAK! Kami mengamalkan perkongsian
dengan guru yang berdedikasi dan komited
untuk meningkatkan prestasi kualiti pengajarannya.