...

Isnin, 1 Februari 2016

TAHNIAH TUAN PPD BATU PAHAT!

Tuan Md. Said bin Md. Daimon menerima watikah pelantikan sebagai KPPD Batu Pahat.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Tuan Md. Said bin Md. Daimon, mantan SIP+ Kluang di atas pelantikan beliau sebagai KPPD Batu Pahat. Dalam kegembiraan meraikan kejayaan tuan, unit SIP+ & SISC+ Kluang sangat merasa kehilangan seorang pemimpin, rakan sekerja, abang dan teman yang selama ini sama-sama jatuh bangun bersama SI Team Kluang. Walaupun tempoh kita bersama sangat singkat, itu adalah satu tempoh yang sangat bermakna bagi kami.

Tahniah Tuan! Selamat bertugas sebagai KPPD Batu Pahat bermula hari ini. 

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan,
Walau jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan.

Unit SI Team Kluang sangat berbangga dengan kejayaan Tuan Md. Said. Walaupun tuan telah berpindah ke daerah baru, kami sangat berharap hubungan baik dan kerjasama di antara kita akan tetap kukuh dan berkembang pada masa hadapan. 

Sekali lagi, tahniah tuan! Selamat bertugas di tempat baru dan jumpa lagi!

~MOD NHMKH, AI & SI TEAM~
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan