...

Ahad, 21 Jun 2015

Perjumpaan Pengarah Pendidikan Johor bersama-sama SIP+ SISC+ PPD Kluang

Kenangan bersama Tuan Pengarah 21 JUN 2015

BILIK MESYUARAT MILENIUM : Kehadiran Tuan Pengarah Pendidikan Johor dalam sesi Perjumpaan Pengarah Pendidikan Johor bersama-sama SIP+ dan SISC+ PPD Kluang disambut gembira oleh pihak SI Kluang di Bilik Mesyuarat Milenium. Beliau yang diiringi oleh Tuan Haji Shahilon, Tuan PPD Kluang dan Timbalan PPD Kluang berkongsi maklumat tentang SOP SISC+ dan SIP+ serta harapan pengarah berkaitan PAK 21 bagi Daerah Kluang dan Negeri johor secara keseluruhan.

Team SI Kluang khusyuk mengikuti sesi perkongsian
Terima kasih tuan!


Tempoh 2 jam bersama Tuan Pengarah dirasakan amat singkat bagi kami. Bagaimanapun, kami amat gembira dengan kehadiran beliau kerana ia menjadi pembakar semangat kami untuk terus menjalankan tugas sebagai SIP+ dan SISC+ bagi membantu sekolah di daerah Kluang. Terima kasih tuan! 

Tuan Pengarah melawat bilik SI Kluang Team

Team SI Kluang sentiasa mengalu-alukan kedatangan Tuan Pengarah. 

Buah melaka di atas para,
Anak raja buat santapan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

~MOD NHMKH & SI TEAM~